Contoh Business Plan
BAB 1
PENGENALAN
1. PENDAHULUAN
Sektor
penternakan merupakan salah satu daripada cabang-cabang pertanian selain
tanaman makanan asas, buah-buahan, perikanan dan juga akuakultur. Semua cabang
dalam tersenarai dalam bidang pertanian ini secara umumnya banyak menyumbang
kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia di dalam era selepas merdeka dengan
peningkatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
Perubahan
drastik kerajaan kearah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar
makanan halal utama di dunia serta pelaksanaan terhadap jaminan sekuriti makanan
dalam negara, menggalakkan lebih pengeluar makanan dalam negara yang berasaskan
ternakan memaksimumkan pengeluaran mereka. Selaras dengan itu, berkembanglah
usahawan-usahawan kecil dan sederhana yang memulakan ‘langkah pertama’ untuk
menjalankan apa jua bentuk perniagaan di samping meningkatkan kemahiran dan
taraf hidup khususnya bagi mereka yang berpendapatan rendah.
Bidang
pertanian khususnya penternakan tidak tertumpu kepada golongan petani sahaja
tambahan pula bidang ini tidak menghadkan kepada sesiapa pun untuk terus
menerokanya. Sekadar meminati bidang penternakan sahaja tidak mencukupi tetapi
hendaklah merealisasikannya dengan tindakan selanjutnya sehingga tercapainya
matlamat pengusaha untuk mendapatkan keuntungan dan menyahut seruan kerajaan. Maka
dengan itu, kami memilih bidang ini sebagai matlamat perniagaan kami kerana
bidang ini dilihat berdasarkan pengalaman kebanyakan usahawan, mempunyai
potensi yang tinggi untuk meningkatkan taraf hidup di samping dapat menjalankan
perniagaan sendiri.
Untuk
mendalami bidang ini dengan lebih terperinci dan mencapai matlamat perniagaan,
para usahawan atau penternak haruslah mempunyai pengetahuan asas dalam bidang
yang mereka ceburi. Tanpa pengetahuan asas, segala perjalanan proses
penternakan akan menemui jalan buntu lantaran mengundang risiko kerugian yang
besar dan ini adalah amat buruk dan patut dielakkan. Atas dasar inilah banyak
institusi-institusi dan pusat-pusat latihan ditubuhkan untuk memberi pendedahan
kepada bakal penternak mengenai kaedah, proses dan sebagainya tentang
penternakan. Setiap usahawan ternakan haruslah memikirkan cara untuk
memaksimumkan keuntungan mereka di samping menjaga kebajikan sosial kerana
peranan mereka dalam sektor pengeluaran makanan amat besar terutamanya
sumbangannya kepada negara.
PENGENALAN INDUSTRI TERNAKAN PUYUH USAHASAMA PUYUH ENTERPRISE
Syarikat
“Usahasama Puyuh Enterprise” ditubuhkan pada 31 Ogos 2011. Penubuhan syarikat
ini adalah berasaskan kepada permintaan yang tinggi daripada pengguna terhadap
barangan berasaskan makanan daging dan telur puyuh. Pemilihan nama syarikat ini
juga, adalah berdasarkan kombinasi kerjasama antara ahli kumpulan dan
produk yang ingin dipasarkan oleh
syarikat.
Syarikat
Usahasama Puyuh Enterprise membekalkan produk
makanan berasaskan daging dan telur puyuh.Disebabkan kewujudan Syarikat
Usahasama Puyuh Enterprise masih lagi baru dan masih dalam proses
memperkukuhkan kedudukannya sebagai sebuah syarikat yang mantap maka kami pada
permulaannya memasarkan beberapa jenis produk yang menjadi permintaan yang
hangat daripada para pelanggan. Syarikat Usahasama Puyuh Enterprise telah
merancang akan melebarkan sayap perniagaan ini ke peringkat yang lebih
tinggi supaya dikenali umum.
Usahasama
Puyuh Enterprise merupakan syarikat
perkongsian kami yang akan didirikan di kampong Chuar Hulu Kati,Kuala Kangsar
Perak seluas 3 ekar. Kami menyediakan perkhidmatan ternakan serta menjual
daging dan telur puyuh yang telah diproses ke pasaran tempatan.
Secara
umumnya, Penternakan puyuh telah lama dipelihara oleh penternak puyuh tempatan.
Hasil utama penternakan ini adalah telur puyuh yang telah sedia ada pasaran
tersendiri dan terhad. Pengeluaran daging untuk dimakan adalah dari hasil
sampingan penternakan puyuh penelur ini. Puyuh jantan yang tidak diperlukan
untuk pengeluaran telur akan diproses dan dijual . Begitu juga puyuh-puyuh
penelur yang tua akan diproses dan dijual sebagai daging puyuh. Bagi penternak
khusus untuk pengeluaran daging puyuh didapati menggunakan puyuh jenis penelur.
Walaupun demikian ada juga terdapat pemeliharaan dari jenis puyuh berbadan
besar dari baka yang diimport.
Penternakan
puyuh masih di tahap kecilan kerana ramai yang menganggap penternakan ini susah
untuk mencapai ke tahap komersil. Kebanyakan penternakan puyuh mengamalkan cara
penternakan yang tradisional. Pembekalan anak puyuh adalah sangat terhad. Punca
anak puyuh adalah sama ada dari ladang sendiri atau dibeli dari penternak lain
yang mempunyai penternakan puyuh baka. Kebanyakan penternak puyuh tempatan
menggunakan satu jenis puyuh untuk pengeluaran telur dan daging. Penternak baka
induk puyuh menggunakan sistem pembiakan kaedah pusingan di mana anak
menggantikan induk. Apabila stok induk telah tua dan perlu diganti maka
penternak ini akan mengambil telur-telur dari stok ini untuk ditetaskan dan
kemudian dijadikan stok induk. Cara penternakan ini telah berjalan dengan
lamanya dan didapati hasil pengeluaran dan prestasi puyuh semakin merosot atau
tiada perubahan.
Bagi
maksud pembangunan industri ini, pengkhususan pemeliharaan amatlah penting
dijalankan. Pengusaha puyuh perlu menggunakan baka yang sesuai bagi maksud
pengeluaran sesuatu komoditi puyuh. Bagi tujuan pengeluaran daging puyuh,
penggunaan baka jenis yang berbadan besar dengan efisiensi pengeluaran yang
baik hendaklah digunakan dan amat disyorkan. Pembekalan baka yang bermutu perlu
dilestarikan untuk menjamin efisiensi pengeluaran dapat membawa industri ini ke
tahap yang lebih menguntungkan. Atas inisiatif tersendiri, Jabatan Perkhidmatan
Haiwan juga turut mengeluarkan puyuh yang berkualiti dengan jenama PUYUH IKTA
yang sedang dipergiatkan pengeluarannya oleh pengusaha puyuh baka pedaging.
PUYUH IKTA yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan dari Institut
Kemajuan Ternakan Ayam merupakan puyuh jenis pedaging ( dari jenis Coturnix
japonica ).
Puyuh yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan menjalani pembiakan yang terkawal bagi menjamin peningkatan prestasi.Pengambilan daging puyuh masih di tahap yang rendah kerana pendedahan masyarakat ke atas daging puyuh masih terhad. Langkah-langkah memperkenalkan komoditi ini kepada orang ramai sedang giat dijalankan dan dijangka pengambilan ke atas daging puyuh ini akan meningkat
Puyuh yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan menjalani pembiakan yang terkawal bagi menjamin peningkatan prestasi.Pengambilan daging puyuh masih di tahap yang rendah kerana pendedahan masyarakat ke atas daging puyuh masih terhad. Langkah-langkah memperkenalkan komoditi ini kepada orang ramai sedang giat dijalankan dan dijangka pengambilan ke atas daging puyuh ini akan meningkat
VISI SYARIKAT
Ingin
menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa dalam sektor industri daging puyuh
setanding dengan industri daging yang lain seperti daging ayam, daging arnab
dan sebagainya didalam bentuk yang pelbagai.
MISI SYARIKAT
- Ingin menembusi pasaran tempatan dalam tempoh 5 tahun akan datang.
- Syarikat juga mahu membuka ladang penternakan di setiap negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
- Mencari peluang pemasaran di luar Malaysia iaitu Asia Tenggara.
- Ingin mencapai tahap Syarikat antarabangsa dengan mewujudkan francais di luar daripada Asia Tenggara seperti China, Eropah dan Timur Tengah.
- Ingin mencapai tahap ISO demi keyakinan pengguna terhadap produk burung puyuh.
OBJEKTIF SYARIKAT
- Menternak puyu dengan cara lading tertutup untuk mengelakkan jangkitan penyakit daripada haiwan lain.
- Menghasilkan sendiri baka untuk diternak bagi menjimatkan kos.
- Membesarkan lading ternakan dan menjadi syarikat yang berdaya maju..
- Mempromosikan daging puyuh kepada orang ramai dengan mencetak risalah serta mengadakan ceramah berkenaan dengan daging puyuh.
- Menyediakan peluang pekerjaan kepada bumiputera.
ANALISIS SWOT SYARIKAT
Analisis
Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Halangan Komoditi Puyuh
Kekuatan
|
Kelemahan
|
Peluang
|
Halangan
|
1.3 STRUKTUR ORGANISASI
SYARIKAT
1.4 PERIHAL PROJEK
Dari
tinjauan yang dibuat didapati struktur penternakan puyuh ini sangat kompleks
kerana terdapat beberapa kategori ladang yang terlibat dengan penternakan puyuh
ini. Rajah 1.9.1 menunjukkan jenis pengusaha puyuh mengikut kategori di
Malaysia. Ada pengusaha yang terlibat dengan pengeluaran anak untuk kegunaan
daging dan telur. Terdapat juga pengusaha yang menternak puyuh dari jenis
pedaging dan penelur. Walaupun demikian pengusaha puyuh pedaging adalah
tertinggi dan merupakan 60% dari jumlah penternak. Penternakan yang mempunyai
baka induk dan kemudahan penetasan adalah sebanyak 30 % dari jumlah penternak.
Penternak dari kategori ini berperanan membekalkan keperluan anak puyuh kepada
industri. Negeri-negeri seperti Perak dan Kelantan mempunyai bilangan pengusaha
puyuh yang tertinggi.
Pecahan
pengusaha mengikut saiz penternakan adalah seperti di Rajah 1.9.2. Seramai 23 %
dari jumlah keseluruhan pengusaha mempunyai populasi penternakan kurang dari
1000 ekor. Saiz ladang yang terbanyak adalah diantara 1000 - 3000 ekor. Hanya
12% penternak yang mempunyai saiz ladang melebihi 10,000 ekor. Dari maklumat ini
didapati kebanyakan pengusaha ternakan puyuh adalah secara kecilan sahaja.
Rajah 1.9.1 : Penternak puyuh mengikut kategori di Malaysia.
Kategori Pengusaha
|
Bil.Penternak
|
|
1.
|
Puyuh pedaging komersil
|
38
|
2.
|
Puyuh pedaging dan penelur komersil
|
7
|
3.
|
Baka pedaging/ penetasan/ pedaging
dan penelur komersil |
9
|
4.
|
Baka pedaging/ penelur/ penetasan/ pedaging
dan penelur komersil |
10
|
Rajah 1.9.2 : Saiz ladang ternakan puyuh di Malaysia
Saiz Ladang
|
Bilangan Penternak
|
kurang dari 1,000 ekor
|
25
|
1,000 - 3,000 ekor
|
41
|
3,000 - 5,000 ekor
|
16
|
5,000 - 10,000 ekor
|
12
|
lebih dari 10,000 ekor
|
14
|
1.10 UNJURAN DAN SASARAN PENGELUARAN
Adalah
dijangkakan industri ternakan puyuh akan berkembang dengan lebih pesat lagi
apabila penternakan ini dikomersilkan dengan pengeluaran yang lebih tinggi dan
dapat memenuhi keperluan pasaran. Segala galakan dan promosi akan diadakan bagi
maksud pendedahan pengguna kepada daging puyuh ini. Anggaran unjuran
pengeluaran adalah seperti di Rajah 1.10.1
Rajah 1.10.1 : Unjuran pengeluaran daging puyuh
Tahun
|
Pengeluaran daging puyuh
(tan metrik)
|
1998
|
950
|
2000
|
1,140
|
2002
|
1,380
|
2004
|
1,670
|
2006
|
2,030
|
2008
|
2,450
|
2010
|
2,970
|
BAB 2
PERANCANGAN PROJEK
2.0 PERANCANGAN PROJEK
Perancangan
adalah amat penting bagi memulakan sesuatu projek. Perancangan yang teliti akan
menentukan samada sesuatu projek yang akan dijalankan itu berjaya atau tidak
dan ianya perlu selaras dengan objektif projek. Berdasarkan objektif syarikat
ini iaitu ingin menjadikan projek ini adalah salah satu projek yang cukup
berdaya maju. Oleh itu bagi mencapai tujuan ini, pelbagai aspek perlu
ditekankan dan diambil perhatian agar perancangan projek mencapai sasaran
matlamat.
2.1 Pembinaan Ladang
Pemeliharaan
puyuh pedaging tidak memerlukan kawasan yang besar. Ini adalah kerana saiz
puyuh jauh lebih kecil dari penternakan binatang ternakan lain seperti ayam.
Walaupun demikian keperluan pemeliharaan adalah lebih kurang sama dengan
penternakan ayam. Kawasan penternakan hendaklah mengikut perundangan negeri terlibat.
Sebagai contoh, bagi negeri Johor penternakan puyuh memerlukan lesen mengikut
keperluan Enakmen Industri Ternakan Negeri Johor.
Contoh bangsal yang digunakan untuk ternakan puyuh
Di dalam
pemilihan tapak kawasan penternakan sebaiknya kawasan ladang hendaklah jauh
dari kawasan perumahan dan ladang-ladang binatang ternakan yang lain. Kawasan
hendaklah bebas dari banjir dengan mempunyai kemudahan jalan bagi pengangkutan
barangan dari luar ke ladang dan sebaliknya. Tanah berbukit tiada halangan
kecuali perlu diratakan bagi setiap kawasan bangsal yang perlu didirikan.
Kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik perlu diambil kira didalam
pemilihan kawasan.
Keperluan
bangsal adalah tertakluk kepada kumpulan ternakan atau kekerapan pengeluaran
puyuh pedaging. Sebagai contoh, bagi pengusaha yang hendak mengeluarkan puyuh
pedaging seminggu sekali keperluan bangsal hendaklah sekurangnya lapan. Ini
berdasarkan sistem penternakan sekali gus masuk sekali gus keluar (all in all
out) bagi setiap bangsal. Begitu juga bagi keperluan kawasan. Saiz bangsal
untuk memuatkan 10,000 ekor puyuh adalah 50 kaki lebar x 50 kaki panjang.
Berikan jarak sekurangnya 15 meter antara 2 bangsal. Kawasan penternakan perlu
dipagar untuk mengelakan gangguan dari ternakan atau binatang lain. Puyuh masih
lagi mempunyai sifat terkejut dan 'excitability' yang boleh menjejaskan
prestasi.
Bagi
penternakan puyuh pedaging pada lazimnya pengusaha digalakan menjalankan
aktiviti sembelihan dan menjual puyuh secara bersih proses. Dengan cara ini
pengusaha diperlukan mengadakan loji pemprosesan sendiri. Loji ini hendaklah
berjauhan dari kawasan penternakan. Bangunan yang diperlukan bergantung kepada
jumlah pemprosesan yang hendak dijalankan. Bilik sejuk atau peti sejuk perlu
diadakan untuk penyimpanan stok puyuh proses.
BAB 3
PENGURUSAN
3.0 Sistem
Pengurusan
Aspek pengurusan amatlah penting
dalam pelaksanaan sesuatu projek yang dirancang. Bagi ternakan burung puyuh,
sistem pemeliharaan sangkar seperti “semua sekali masuk dan semua sekali
keluar” (all in all out) banyak digunakan oleh kebanyakan pengusaha puyuh
pedaging. Dengan sistem ini, satu peringkat umur puyuh berada didalam satu
bangsal. Manakala sistem pengurusan adalah lebih sempurna dengan kaedah kawalan
penyakit yang baik.
3.1 Bekalan
anak puyuh
Puyuh yang digunakan untuk
pengeluaran daging adalah Japanese quail ( Coturnix japonica ). Bekalan anak
puyuh untuk pedaging dari pengusaha tempatan lazimnya dari jenis penelur. Akan
tetapi ada terdapat penternak puyuh baka yang menggunakan puyuh berbadan besar
yang diimpot dari negara luar. Dari segi rupa dan diskripsi kedua puyuh jenis
pedaging dan penelur adalah dari jenis yang sama. Bezanya adalah bagi kegunaan
pengeluaran daging puyuh ini telah menjalani pemilihan dan pembiakan untuk
menghasilkan daging yang lebih. Jabatan Perkhidmatan Haiwan dari Institut
Kemajuan Ternakan Ayam telah menghasilkan puyuh jenis pedaging ( dari jenis
Coturnix japonica ) hasil dari pemilihan dan pembiakan yang dijalankan.
3.2 Pengurusan Penternakan
3.2.1 Peringkat Perindukan
Dalam sistem pemeliharaan burung puyuh ini,
anak puyuh dari umur dari 1 hingga 10-14 hari anak puyuh akan ditempatkan dalam
dua reban yang memuatkan 50 sangkar yang mempunyai empat tingkat. Setiap
sangkar dilengkapi dengan mentol lampu sebagai alat pemanas. Sebanyak 10,000
ekor anak puyuh ditempatkan dalam satu sangkar yang mempunyai empat tingkat.
Luas sangkar ialah 2’x 4’x 8’ yang boleh memuatkan sebanyak 250 ekor anak puyuh
bagi setiap tingkat, ini bermakna satu sangkar mempunyai 1000 ekor anak puyuh.
Kami mempunyai 50 sangkar perindukan untuk memuatkan 50,000 ekor anak puyuh
bagi satu-satu masa. Pemberian haba perlu dikawal mengikut kepanasan semasa.
Sekeliling bangsal ditutup dengan bidai bagi mengelakkan kemasukan udara sejuk
dari luar tanpa kawalan. Bekas minuman 0.5 gelen untuk 250 ekor anak puyuh
ditempatkan di dalam sangkar selama masa perindukan. Palung makanan berukuran
30.5 x 30.5 x 2.52 sentimeter digunakan untuk 250 ekor anak puyuh semasa
perindukan. Makanan dan minuman diberi tanpa had.
Anak puyuh perlu dimasukkan kedalam bangsal
sebaik sahaja sampai di ladang. Penangguhan akan menyebabkan anak puyuh menjadi
lemah dan mengakibatkan kematian yang tinggi. Pengurusan perindukan amatlah
penting kerana kegagalan memenuhi kehendak anak puyuh mengakibatkan peratus
kematian yang tinggi dan kadar pembesaran yang terencat. Perindukan adalah
pemeliharaan anak puyuh dengan menjaga keperluan suhu dan peredaran serta
pengudaraan yang sempurna. Keperluan suhu yang sesuai adalah 35 - 36°C pada 3
hari pertama. Selepas itu suhu didalam bilik boleh dikurangkan mengikut keadaan
hari. Pemberian haba tamat pada hari ke 10.
Pengurusan yang paling baik adalah dengan
mengikut keperluan anak puyuh dan keadaan cuaca pada hari berkenaan. Suhu yang
rendah mengakibatkan kematian puyuh kerana bertindih. Manakala suhu yang
terlalu tinggi akan menyebabkan kematian kerana tekanan kepanasan. Tempoh
perindukan adalah 10 ke 14 hari. Air bersih hendaklah diberikan setiap hari.
Guli-guli kaca ditempatkan didalam bekas minuman bagi mengelakkan anak puyuh
mati lemas. Bekas minuman dan guli-guli perlu dibersihkan setiap hari.
Pemberian makanan dilakukan setiap hari. Tentukan jumlah makanan yang diisikan
kedalam bekas mencukupi dan tidak membazirdan hanya makanan yang bersih
diberikan. Anak-anak puyuh yang mati mesti dikeluarkan setiap hari dan dibuang.
Pemberian antibiotik boleh diberikan mengikut keadaan. Pengusaha dinasihatkan
berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk mendapatkan nasihat
penggunaan ubatan.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi,
kebanyakan pengusaha mendapatkan bekalan anak puyuh daripada pengusaha puyuh
baka. Kadar harga yang dikenakan didapati sangat berbeza diantara negeri-negeri
dan di dalam kawasan sesebuah negeri. Rajah di bawah menunjukkan harga
penjualan anak puyuh mengikut negeri.
Harga
Penjualan Anak Puyuh Pedaging Komersil
Negeri
|
Harga Anak puyuh
Pedaging (sen / ekor)
|
Johor
|
40
|
Kedah
|
30
|
Kedah
|
30,40,50,60,100
|
Kelantan
|
30,35,50
|
Negeri Sembilan
|
40
|
Pahang
|
50
|
Perak
|
35,40
|
Terengganu
|
35,40
|
Sarawak
|
55,100
|
WP Labuan
|
80
|
Perbezaan harga kerana
berikut :
i. ada pengusaha menjual anak puyuh
melebihi umur sehari.
ii. kos pengeluaran yang berbeza.
iii. jenis puyuh yang berbeza ( antara puyuh
pedaging dan penelur ).
3.2.2 Peringkat Pembesaran
Di dalam
sistem pemeliharaan pada peringkat pembesaran, anak puyuh akan dipindahkan
selepas berumur 10-14 hari ke sangkar pembesaran seterusnya berada sepenuhnya
di situ sehingga dijual. Kami menggunakan tiga reban seluas 50’x50’ yang boleh
memuatkan 100 sangkar lima tingkat.
Selepas perindukan bekas minuman yang sama saiz semasa peringkat
perindukan digunakan untuk menampung 100 ekor puyuh setiap satu tingkat yang berukuran 3’x 1.5’x 8’ dan palung
makanan gantung digunakan untuk 100 ekor puyuh setiap satu. Makanan perlu
diberikan sentiasa tanpa had untuk menentukan pembesaran yang cepat. Tentukan
air yang bersih diberikan. Elakan dari gangguan luar semasa pembesaran puyuh
ini. Masa tamat pemeliharaan adalah apabila umur puyuh mencapai 42 hari. Pada
ketika ini berat badan hidup puyuh adalah purata 290 gram seekor. Sila lihat di
bahagian Lampiran untuk piawaian puyuh pedaging. Puyuh akan ditangkap dan
dihantar untuk diproses secepat mungkin. Perlu ditekankan disini bahawa
kelewatan untuk menjual puyuh akan menyebabkan puyuh mencapai umur kematangan
seksual (mengeluarkan telur) dan ini akan menjejaskan kualiti daging. Lazimnya
umur kematangan seksual adalah 45 hari.
Bagi
sistem pemeliharaan di dalam kotak kayu khas, selesai sahaja tempoh perindukan,
plastik penutup atau guni hendaklah dibuka. Begitu juga dengan kepongan di
bangsal. Kertas alas hendaklah dibuang dan puyuh dibesarkan diatasnya. Bekas
minuman masih digunakan dan ditempatkan didalam kotak manakala palung makanan
hendaklah digunakan untuk pemberian makanan. Palung makanan hendaklah digantung
disebelah luar kotak untuk kemudahan pemberian makanan. Satu petak boleh
membesarkan sehingga 40 ekor puyuh pedaging. Kebanyakan penternak menggunakan
kotak kayu bertingkat untuk tujuan pembesaran. Gambarajah di bawah menunjukkan
contoh kotak pembesaran. Puyuh akan dibesarkan didalam kotak ini sehingga
diproses. Palung minuman dan makanan digantung diluar kotak. Bilangan puyuh
yang boleh ditempatkan didalam satu petak atau tingkat bergantung kepada ukuran
kotak. Lazimnya hendaklah diberikan keluasan lantai sebanyak 209 sentimeter persegi
seekor.
Puyuh
diberi makanan dari jenis 'Quail Starter mash' atau Makanan Permulaan Puyuh.
Tentukan pengusaha menggunakan makanan jenis ini untuk mempastikan pembesaran
yang cepat. Di lapangan banyak pengusaha puyuh pedaging tempatan tidak
menggunakan makanan dari jenis ini. Makanan permulaan ayam pedaging digunakan
dengan meluas bagi memberi makan puyuh pedaging. Keadaan ini berlaku kerana
syarikat pembuat makanan ternakan tidak menjual makanan puyuh pedaging kerana
volume yang kecil. Walau bagaimanapun, pengusaha besar boleh mendapatkan
makanan puyuh pedaging dengan rundingan terus kepada pengeluar makanan.
Teknik pemberian makanan adalah seperti berikut:-
1. Jenis makanan yang boleh digunakan ialah:
A. Quail Starter Mash serta Quail Finisher
Pellet atau
B. Broiler Starter Mash atau Broiler Starter
Crumblers atau Broiler Finisher Pellet.
Keperluan
Zat Makanan Untuk Puyuh Pedaging:
Tenaga
= 2600 - 3200 ME
Protien
Kasar = 24 - 25 %
2. Cara
Pemberian
Cara Pertama
1
hari - 14 hari - Quail starter Mash
15
hari hingga jual - Quail Finisher Pellet
Cara Kedua
1
hari hingga jual - Broiler Starter Mash/Crumbles atau
- Quail Starter Mash
Cara Ketiga
1
hari hingga 21 hari - Broiler Starter Mash
22
hari hingga jual - Broiler Finisher Pellet
3.3 Kesihatan
Puyuh
pada kebiasaannya mempunyai daya ketahanan terhadap penyakit tetapi ia juga
boleh dijangkiti penyakit-penyakit yang biasa terdapat pada unggas yang lain.
Penyakit-penyakit puyuh yang spesifik adalah seperti Ulcerative Enterititis dan
Quail Bronchitis. Kecederaan kerana sifat pemangsa sejenis, keadaan 'flighty
behaviour' dan pergaduhan kerana perebutan kedudukan sosial merupakan salah
satu sebab utama kematian. Pengusaha adalah dinasihatkan supaya berhubung
dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk mendapatkan makluman dan panduan
keatas penyakit puyuh dari masa ke semasa.
3.4 Pengurusan Alam Sekitar
Pengusaha
penternakan puyuh pedaging adalah dinasihatkan supaya mematuhi segala peraturan
dan undang-undang berkaitan dengan penternakan. Perkara-perkara yang
dititikberatkan dalam penternakan puyuh adalah seperti masalah lalat, berbau
busuk dan melepaskan air buangan ladang kedalam sungai. Adalah menjadi satu
kesalahan bagi pengusaha untuk melanggar apa-apa peraturan yang terkandung
didalam undang-undang alam sekitar. Pengusaha adalah dinasihatkan untuk
mendapat maklumat yang lebih jelas dari Jabatan alam sekitar berhampiran di
negeri masing-masing.
3.5 Amalan Pengurusan Penternakan Yang Baik.
(Good Animal Husbandry
Practices - GAHP)
Cara
penternakan yang diamalkan sekarang jauh dari yang dikehendaki untuk memenuhi
keperluan pelanggan masakini. Penternak harus menitikberatkan sistem
pemeliharaan yang disyorkan bagi menjamin kehendak pelanggan ( pengeluaran
hasil yang bersih ) dan pulangan keuntungan yang optimum. Mengamalkan GAHP
meningkatkan keyakinan keatas kebersihan dan keselamatan makanan dan ini dapat
meningkatkan perniagaan luar dan dalam negeri.
3.6 Kedudukan ladang
Ciri-ciri yang baik
didalam memilih tempat untuk penternakan puyuh adalah seperti berikut :
a. Ladang hendaklah jauh dari kawasan
perkampungan.
b. Jauh dari ladang unggas yang lain.
c. Mempunyai jaringan jalanraya untuk
kemudahan pengangkutan barang-barang input dan output.
d. Tanah yang mendatar tetapi tidak mudah
dinaiki air.
e. Kawasan yang mempunyai peredaran udara
yang baik.
3.7 Perumahan
Perumahan bagi
penternakan puyuh pedaging mementingkan keselesaan dari alam sekitar dan
keselamatan dari pemangsa. Puyuh amat sensitif keatas kedua perkara tersebut.
Dimensi bangsal terpulang kepada sais penternakan yang hendak dijalankan.
Beberapa perkara harus dipatuhi untuk menjamin pengeluaran yang maksimum.
a. Tentukan paksi panjang mengikut arah
timur/barat. Ini menentukan cahaya matahari tidak banyak dapat memasuki bangsal
yang boleh mengakibatkan kenaikan suhu didalam bangsal.
b. Jarak antara bangsal hendaklah jangan
kurang dari 15.38 meter untuk menjaga dari perebakan penyakit dari bangsal
kebangsal.
c. Tentukan kedudukan bangsal tidak
dihalangi oleh pokok pokok besar atau bangunan yang boleh menghalang peredaran
udara yang sempurna. Elakan kawasan yang lembab.
d. Lebar bangsal dihadkan sehingga 12.3
meter sahaja.
e. Panjang bangsal bergantung kepada
kontour tanah dan sistem peralatan yang digunakan.
f. Gunakan atap bangsal diperbuat dari
aluminium.
g. Tepi bangsal perlu ditutup dengan dawai
atau setaraf untuk mencegah kemasukan burung atau pemangsa.
h. Lantai bangsal mesti disimin untuk
kebersihan dan kesenangan pengurusan.
i. Peparitan sekeliling bangsal perlu ada
untuk mengalirkan air dari hujan ke parit besar.
3.8 Pembersihan Bangsal
Setelah tamat
pemeliharaan sekumpulan puyuh maka kebersihan bangsal perlu dijalankan dengan
segera. Ini adalah untuk menjamin bangsal bersih dari kekotoran dan kuman serta
virus penyakit untuk kumpulan puyuh seterusnya. Program kebersihan bangsal
adalah seperti berikut :
a. Keluarkan sampah sarap lama/najis
b. Keluarkan dan cuci peralatan makanan
c. Bersih bekas minuman dan servis bekas
minuman otomatik.
d. Lakukan semburan racun serangga
termasuk kawasan bumbung. Gunakan bancuran mengikut syor dan peraturan
pembekal.
e. Pembasuhan bangsal dengan menggunakan
air. Pengunaan 'High pressure sprayer' amat digalakan.
f. Lakukan semburan racun pembasmi kuman.
Gunakan bancuhan mengikut syor dan peraturan pembekal.
3.9 Persiapan Penerimaan Anak Puyuh
Sekeliling
bangsal perlu ditutup dengan 'polyethelene sheets' bagi mengelakan kemasukan
angin sejuk dari luar. Hanya 3/4 ketinggian tepi bangsal yang perlu ditutup.
Ketaman kayu atau bahan setaraf yang boleh menyerap air dan selamat digunakan
setebal 7.6 sentimeter hendaklah dialaskan keatas lantai. Kebanyakan peralatan
ternakan puyuh adalah sama dengan peralatan ternakan ayam . Bulatan untuk
perindukan 1000 ekor anak puyuh serta peralatan perindukan hendaklah disediakan
sebelum ketibaan anak puyuh.
Bagi sistem
menggunakan kotak khas, sekeliling bangsal perlu juga ditutup. Gunakan kertas
dari jenis ' corrugated paper ' untuk dijadikan alas lantai didalam kotak.
Tempatkan lebih kurang 100 ekor anak puyuh untuk perindukan bagi setiap petak.
Sediakan air dan makanan sebelum kemasukan anak puyuh.
3.10 Penangkapan Puyuh untuk Diproses.
Apabila umur
puyuh telah mencapai umur jual maka puyuh hendaklah ditangkap dan dimuatkan
kedalam bakul untuk penghantaran ketempat pemprosesan. Penangkapan perlu
dijalankan dengan baik untuk mengelakkan kecederaan puyuh. Puyuh-puyuh sebelum
disembelih diberhentikan pemberian makanan sekurang-kurangnya 12 jam sebelum
ditangkap. Cara ini bukan sahaja menjimatkan kos makanan tetapi menjamin
pemprosesan yang bersih dari sisa makanan dan najis. Penangkapan hendaklah
dijalankan dengan cepat dan elakkan puyuh terperanjat. Bagi kami yang
menggunakan system sangkar urusan penagkapan adalah lebih mudah. Ini kerana
puyuh-puyuh tersebut berada di dalam sangkar. Tangkap puyuh secukupnya dan
dipegang dibahagian kaki puyuh. Muatkan kedalam bakul dengan memasuki kepala
dahulu. Masukan secukupnya bilangan puyuh kedalam bakul dan elakkan dari
kesesakan.
3.11 Pemprosesan Puyuh
Puyuh yang
telah sampai ketempat pemprosesan perlu diproses secepat mungkin. Bakul-bakul
puyuh hendaklah ditempatkan didalam kawasan khas yang disediakan untuk
pemunggahan. Kebersihan perlu dijaga semasa melakukan penyembelihan. Keadah
penyembelihan mengikut kehendak hukum Islam perlu dilaksanakan. Teknik
penceluran dan pembuangan bulu dijalankan dengan baiknya untuk mengelakkan
berlaku kerosakan keatas daging seperti patah kaki, koyak kulit atau hancur.
Tentukan pembuangan isi perut dilakukan dengan sempurna sehingga bersih.
Paru-paru mesti dikeluarkan. Puyuh yang siap diproses hendaklah dibasuh dengan
sebersih-bersihnya dan disejukkan sebelum dibungkus. Tentukan keadaan kawasan
sentiasa berada dalam keadaan bersih. Puyuh-puyuh yang telah siap dibungkus
hendaklah disimpan kedalam peti sejuk untuk dijualkan.
3.12 Penyimpanan Rekod
Penyimpanan
rekod pemeliharaan adalah penting bagi pengusaha untuk menganalisakan kejayaan
atau kegagalan penternakan. Rekod membantu pengusaha mengenal pasti kelemahan
pengurusan dan tindakan serta merta boleh diambil apabila mendapati masalah.
3.13 Jenis dan Kawalan Penyakit
Sanitasi
Untuk menjaga dari
timbulnya penyakit pada puyuh kebersihan kawasan lingkungan kandang dan
vaksinasi terhadap puyuh perlu dilakukan sekerap mungkin.
PengawalanPenyakit
Pengawalan
penyakit dilakukan setiap saat dan apabila ada tanda-tanda yang kurang sihat
terhadap puyuh harus segera dilakukan tindakan yang sesuai dengan petunjuk
doktor haiwan penternakan setempat atau petunjuk dari Poultry Shoup.
Pemberian
Vaksin dan Ubat
Pada umur 4-7
hari puyuh di vaksinasi dengan dos separuh dari dos untuk ayam. Vaksin dapat
diberikan melalui titis mata (intra okuler) atau air minum (peroral). Pemberian
ubat perlu segera dilakukan apabila terdapatnya gejala-gejala menghadapi
penyakit atau sakit.
Jenis
Penyakit
·
Radang usus
(Quail enteritis)
Penyebab:
bakteria anerobik yang membentuk spora dan menyerang usus, sehingga timbul
masalah radangan pada usus.
Gejala:
puyuh kelihatan lesu, mata tertutup, bulu kelihatan kusam, kotoran berair..
Pengendalian:
memperbaiki tata laksana pemeliharaan, serta memisashkan burung puyuh yang
sehat dari yang telah terinfeksi.
·
Tetelo
(NCD/New Casstle Diseae)
Gejala:
puyuh sukar bernafas, batuk-batuk, bersin, lesu, mata layu, sayap terkulai,
kadang-kadang berdarah, tinja kehijauan yang spesifik dengan adanya gejala
"tortikolis"iaitu kepala memutar-mutar tidak menentu dan lumpuh.
Pengendalian:
(1) menjaga kebersihan lingkungan dan peralatan yang tercemar virus, binatang
vektor penyakit tetelo, puyuh yang mati segera dibakar/dibuang; (2) pisahkan
puyuh yang sakit, menchalang pelawat atau pekerja masuk ke kawasan penternakan
tanpa baju yang telah di sterilkan serta melakukan vaksinasi NCD. Buat masa
sekarang vaksin bagi menghalang penyakit ini masih belum dikenalpasti.
·
Berak putih
(Pullorum)
Penyebab:
Kuman Salmonella pullorum dan merupakan penyakit yang mudah menular.
Gejala:
kotoran berwarna putih, nafsu makan hilang, sesak nafas, bulu-bulu mengerut dan
sayap lemah terkulai.
Pengendalian:
sama dengan pengendalian penyakit tetelo.
·
Berak darah
(Coccidiosis)
Gejala:
tinja berdarah, nafsu makan kurang, sayap terkulai, bulu kusam menggigil
kedinginan.
Pengendalian:
(1) menjaga kebersihan kawasan lingkungaan, menjaga litter tetap kering; (2)
dengan Tetra Chloine Capsule diberikan melalui mulut; Noxal, Trisula Zuco
tablet dilarutkan dalam air minum atau sulfaqui moxaline, amprolium,
cxaldayocox
·
Cacar Unggas
(Fowl Pox)
Penyebab:
Poxvirus, menyerang semua jenis unggas dari semua peringkat umur dan jenis
jantina.
Gejala:
timbulnya kudis pada kulit yang tidak berbulu, seperti pial, kaki, mulut dan
farink yang apabila dibuangkan akan mengeluarkan darah.
Pengendalian:
vaksin dipteria dan mengasingkan kandang atau puyuh yang terkena jangkitan.
·
Quail
Bronchitis
Penyebab:
Quail bronchitis virus (adenovirus) yang bersifat sangat mudah menular.
Gejala:
puyuh kelihatan lesu, bulu kusam, gementar, susah bernafas, batuk dan bersin,
mata dan hidung kadang-kadang mengeluarkan lendir serta kadangkala kepala dan
leher agak bengkok.
Pengendalian:
pemberian makanan yang bergizi seimbang dengan sanitasi yang mencukupi.
·
Aspergillosis
Penyebab:
cendawan Aspergillus fumigatus.
Gejala:
Puyuh mengalami gangguan pernafasan, mata terbentuk lapisan putih menyerupai
keju, mengantuk, nafsu makan berkurang.
Pengendalian:
memperbaiki sanitasi kandang dan lingkungan kawasan sekitarnya.
·
Cacing
Penyebab:
sanitasi yang buruk.
Gejala:
puyuh tampak kurus, lesu dan lemah.
Pengendalian:
menjaga kebersihan kandang dan pemberian makanan yang terjaga kebersihannya.
3.14 Pengurusan Lain
Puyuh yang
mati perlu dikeluarkan setiap hari dan dimusnahkan. Elakkan gangguan dari
ternakan lain dikawasan penternakan puyuh dan kemasukan orang yang tidak
berkenaan ke dalam bangsal.
Membenteras
penyakit yang paling berkesan adalah dengan pengawalan. Menjaga kebersihan
kawasan dan bangsal perlu sentiasa diberi tumpuan. Jika berlaku penyakit,
pengusaha dinasihatkan untuk berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan atau
Doktor Veterinar untuk mendapatkan nasihat. Apabila menggunakan ubatan,
pemberian hendaklah mengikut kadar yang disyorkan. Pengusaha perlu menjaga keperluan
kegunaan ubatan termasuk 'withdrawal period' sebelum puyuh diproses.
BAB 4
PEMASARAN
4.0 Strategi
Pemasaran
Terdapat empat
faktor yang penting yang perlu dilakukan oleh penternak di dalam urusan
perniagaan. Antara lain, faktor-faktor ini lebih dikenali sebagai komponen
pemasaran ‘4P’ iaitu:
1. Tempat/Lokasi
-
Menguntungkan jika berdekatan dengan kawasan pasaran
-
Tiada masalah kemudahan air dan letrik
-
Dapat mengkaji persaingan di antara penternak dan potensi pasaran
-
Ada kemudahan peti sejuk dan mesin memproses
2.Produk
-
Boleh dijual dalam bentuk hidup dan telah diproses
3. Harga
-
Harga berbeza mengikut kawasan, pasar, restoran, hotel dan lain-lain
-
Rangkaian pasaran biasanya ialah penternak, pemborong, peruncit dan pengguna.
Setiap proses ini akan mempengaruhi
harga jualan. Untuk mendapatkan harga yang tinggi , penternak perlu
mengurangkan rangkaian ini.
4. Promosi
- Boleh dilakukan melalui media cetak dan
sebagainya bertujuan memberitahu barangan yang hendak dijual.
Untuk
menggalakkan perkembangan industri ternakan puyuh pedaging, promosi perlu
dijalankan untuk mendedahkan pengguna kepada khasiat dan keenakan daging puyuh.
Jabatan Perkhidmatan Haiwan melalui negeri-negeri dan FAMA sering mengadakan
promosi daging puyuh bagi tujuan tersebut. Pengguna telah didedahkan kepada
khasiat dan keenakan daging puyuh. Sambutan yang menggalakan dari pengguna
menunjukkan puyuh boleh diterima. Penyebaran promosi masih lagi terhad kepada
pengguna dibandar. Walaubagaiamanapun, pengusaha puyuh pedaging perlu juga
memainkan peranan untuk mencapai pengambilan daging puyuh ketahap yang lebih
tinggi.
4.2 Jenis
Produk Terbitan Puyuh
1. Puyuh Proses
Di dalam penternakan puyuh, penjualan dari ladang adalah dalam bentuk bersih diproses. Kebanyakan pengusaha puyuh pedaging mempunyai kemudahan pemprosesan. Penjualan puyuh ada beberapa bentuk mengikut negeri/kawasan penternakan. Penjualan secara seekor adalah paling popular di kebanyakan negeri. Puyuh-puyuh proses dijual mengikut ekor dan ada beberapa gred puyuh. Gred puyuh tidak seragam untuk kebanyakan pengusaha. Negeri Kelantan, Pahang, dan Kedah menjual mengikut berat sekilogram.
Rajah di bawah
menunjukkan gred dan harga jualan yang diamalkan mengikut negeri. Puyuh proses
biasanya dijual kepada peniaga-peniaga restoran, pasar malam dan pasaraya,
Gred dan Harga Puyuh Mengikut Negeri ( 1998 )
Negeri
|
Gred
|
Harga
|
Kedah
|
A( 150 - 180 gm/ekor )
|
9.5 / kg
|
B ( kurang dari 150
gm/ekor )
|
9.0/ kg
8.7 /kg |
|
Perak
|
Borong
|
1.60 / ekor
|
Selangor
|
A (minima 2.0 kg / 10
ekor )
B (minima 1.6 kg / 10 ekor ) C (minima 1.45 kg / 10 ekor ) |
2.00 / ekor
1.70 / ekor 1.50 / ekor |
Negeri Sembilan
|
A ( melebihi 1.5 kg / 10
ekor )
B ( 1.30 - 1.45 kg / 10 ekor ) C ( 1.00 - 1.20 kg / 10 ekor ) |
1.75 / ekor
1.60 / ekor 1.10 / ekor |
Johor
|
AA ( melebihi 190 gm /
ekor )
A ( 170 - 190 gm / ekor ) B ( 150 - 170 gm / ekor ) |
2.10 / ekor
1.90 / ekor 1.70 / ekor |
Terengganu
|
1.10 - 1.20 gm / ekor
|
1.50 - 1.60 / ekor
atau 12.00 / kg |
Kelantan
|
100 gm / ekor
110 gm / ekor 160 gm / ekor 180 gm / ekor |
12.00 / kg
13.00 / kg 18.00 / kg 20.00 / kg |
2.
Puyuh Goreng
Puyuh pedaging
untuk dimakan yang sangat popular adalah dalam bentuk goreng. Boleh dikatakan
peratusan yang tinggi puyuh dijual dalam bentuk ini yang banyak terdapat di
pasar malam, pasar tani, warung dan restoran. Harga yang dikenakan tidak
menentu dan mengikut kawasan pasaran. Sebagai contoh, dibandar Johor Bahru
seekor puyuh goreng berharga RM2.50 - RM3.00/ekor. Walaubagaimanapun ada juga
terdapat puyuh dijual dalam bentuk masakan lain di restoran.
4.3 Piawaian Puyuh Pedaging
Berat Hidup ( Purata Jantan dan Betina )
1 hari
|
10 gram
|
7 hari
|
40 gram
|
14 hari
|
90 gram
|
21 hari
|
160 gram
|
28 hari
|
220 gram
|
35 hari
|
270 gram
|
42 hari
|
290 gram
|
Kadar Penukaran Makanan
7 hari
|
1.07
|
14 hari
|
1.58
|
21 hari
|
1.89
|
28 hari
|
2.18
|
35 hari
|
2.64
|
42 hari
|
3.03
|
Kadar Kematian ( Kumulatif )
7 hari
|
1.07 - 1.90
|
14 hari
|
1.58 - 2.90
|
21 hari
|
1.89 - 3.90
|
28 hari
|
2.18 - 4.90
|
35 hari
|
2.64 - 5.90
|
42 hari
|
3.03 - 6.50
|
BAB 5
ANALISIS KEWANGAN DAN KEPEKAAN
5.1 Kos Tetap
Kos modal awal
merupakan kos alatan-alatan yang diperlukan bagi menjalankan sesuatu projek.
Dalam memulakan projek ternakan puyuh kami, beberapa kos pelaburan awal akan
terlibat. Antara kos-kos tersebut ialah:
a) Kos pembinaan pejabat, stor, reban dan
bangsal pemprosesan
Pembinaan
pejabat adalah penting untuk memudahkan kami menjalankan aktiviti pentadbiran.
Ini akan menjadikan urusan pentadbiran lebih cekap. Segala rekod mengenai
perniagaan kami seperti pembelian dan penjualan daging puyuh dan sebagainya
disimpan di sini. Kami juga mempunyai satu stor untuk menyimpan segala
peralatan yang digunakan termasuk makanan untuk puyuh. Bangsal pemprosesan pula
merupakan tempat dimana kami akan memproses burung-burung puyuh sebelum dijual.
Di sini juga aktiviti penyembelihan puyuh dilakukan. Kami mempunyai lima buah
reban untuk menampung anak-anak puyuh kami. Dua reban kami gunakan untuk
perinkat perindukan dan tiga reban lagi untuk peringkat pembesaran. Dalam reban
tersebut kami membina sangkar untuk memudahkan pengurusan.kos untuk keseluruhan
reban termasuk sangkar, palung makanan dan minuman adalah sebanyak RM 132,100.
Ini menjadikan kos keseluruhan untuk membina pejabat, stor, reban dan bangsal pemprosesan ini adalah sebanyak
RM 151,900.
B) Kos peralatan
Kos ini
melibatkan pembelian peralatan atau mesin yang akan kami gunakan untuk
menjalankan perniagaan kami. Kami membeli sebuah generator yang berharga RM
25,000, dua buah van kecil yang berharga RM 30,000 setiap satu dan juga dua
buah peti sejuk yang berharga RM 6,000 setiap satu.
5.2 Kos Operasi Berulang
A) kos pembelian anak puyuh
Kami membeli
anak puyuh daripada pengedar yang berhampiran. Kos untuk seekor anak puyuh
adalah RM 0.45 seekor. Kami membei anak puyuh sebanyak 50,000 ekor sebanyak
enam kali setahun.
BULAN
|
JUMLAH BELIAN
|
JUMLAH KOS
|
Januari
|
50,000
|
RM 22,500
|
Febuari
|
-
|
|
Mac
|
50,000
|
RM 22,500
|
April
|
-
|
|
Mei
|
50,000
|
RM 22,500
|
Jun
|
-
|
|
Julai
|
50,000
|
RM 22,500
|
Ogos
|
-
|
|
September
|
50,000
|
RM 22,500
|
Oktober
|
-
|
|
November
|
50,000
|
RM 22,500
|
Disember
|
-
|
|
Jumlah
|
300,000
|
RM 135,000
|
B) kos makanan, ubatan
dan bahan kimia
Jenis
makanan yang boleh digunakan ialah:-
A. Quail
Starter Mash serta Quail Finisher
Pellet atau
B. Broiler Starter Mash atau Broiler Starter Crumblers
atau Broiler Finisher Pellet
Kami
menggunakan makanan dari jenis Quail Starter Mash serta Quail Finisher Pellet.
Kos untuk makanan adalah sebanyak RM 200,000 setahun. Bagi ubat-ubatan dan
bahan kimia kami membelanjakan sebanyak RM 7,000 setahun.
A) kos operasi
Antara
kos operasi yang terbabit ialah kos utility seperti bil air, elektrik, telefon,
dan bahan bakar yang menelan belanja sebanyak RM 11,000 setahun. Kami juga
menyewa tanah seluas tiga ekar sebanyak RM 7,800 setahun. Disamping itu juga
kami memperuntukkan RM 3,000 setahun untuk kes-kes kecemasan.
5.3 Kos Am
a) Kos Pengurusan
Kami
mengupah seorang pengurus untuk menguruskan segala urusan pentadbiran dan
kewangan syarikat. Pengurus juga terbabit dalam urusan memasarkan daging puyuh
kami. Selain itu beliau dibantu oleh tiga orong pembantu ladang. Tugas-tugas
yang perlu dilakukan oleh pembantu ladang
seperti memberi makan, membersihkan reban/sangkar dan segala urusan yang
berlaku di ladang ternakan kami. Kami juga mempunyai dua orang pemandu yang
akan menghantar daging puyuh kami ke pasaran. Selain itu kami juga mengambil
pekerja kontrak untuk mempercepatkan proses semasa proses penyembelihan dan
pembungkusan daging puyuh. Gaji permulaan yang kami beri kepada pengurus adalah
RM 1,200 dengan kenaikan tahunan sebanyak RM 600 setahun. Gaji permulaan untuk
pekerja buruh pula ialah sebanyak RM 500 seorang dengan kenaikan tahunan
sebanyak RM 240 setahun. Bagi pemandu pula gaji seorang pemandu ialah RM 600
seorang dengan kenaikan tahunan sebanyak RM 360 setahun. Pekerja kontrak pula
kami akan membayar kepada seorang mandor. Kami membayar sebanyak RM 9,000
setahun. Untuk kebajikan pekerja kami memperuntukkan sebanyak 13% daripada gaji
asas mereka unutk dimasukkan ke dalam KWSP/SOCSO. Kami juga memberi alaun
perubatan sebanyak RM 30 seorang bagi tiap-tiap bulan.
5.4 Pendapatan
Kami
menjual daging burung puyuh yang telah diproses pada harga RM9.50 sekilogram.Selain
itu kami turut menjual tahi burung puyuh pada harga RM 2.40 sebeg. Kami
mengandaikan kadar kematian adalah sebanyak 10% setahun. Ini bermakna kami
boleh menjual sebanyak 270,000 ekor setahun. Berat seekor burung puyuh yang
kami jual adalah 190g. Setahun kami boleh menjual sebanyak 51,300 kg dan
menghasilkan pendapatan sebanyak RM 487,350 setahun.Hasil penjualan tahi puyuh
pula kami jangkakan pendapatan sebanyak RM 6,000 setahun.
5.5
Pembiayaan/Pinjaman
Bagi
menjalankan projek ini, pinjaman yang dipohon untuk membiayai projek ini ialah
daripada Bank Pertanian Malaysia di bawah skim Pinjaman Tabung Untuk Makanan
(Fund For Food). Dengan skim ini, kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak
3.75% setahun dan tempoh maksimum untuk bayaran balik pinjaman adalah selama 8
tahun bermula dari tarikah pngeluaran wang pertama. Jumlah pinjama bagi projek
ini ialah 70% daripada kos projek. Untuk bayaran balik projek mula membayar
semula pinjaman pada tahun keenam memandangkan tempoh bayar balik projek adalah
5 tahun 2 bulan.
5.6 Analisis Kewangan
Analisis
kewangan adalah penting kerana ia bertindak sebagai alat pengukur untuk
mengetahui samaada sesuatu projek berdaya maju atau tidak. Ia juga
menggambarkan kedudukan kewangan sesuatu perniagaan. Terdapat beberapa kaedah
yang boleh digunakan. Antaranya ialah:
·
Nilai Kini Bersih
·
Kadar Pulangan Dalaman (IRR)
·
Nisbah Kos Faedah
·
Titik Pulang Modal
5.4.1 Nilai Kini Bersih
Dengan
mengandaikan kadar diskaun sebanyak 7% dan projek berjalan selama 10 tahun
nilai kini bersih yang kami perolehi ialah RM 120,606. Ini menunjukkan bahawa
projek kami adalah berdaya maju.
5.4.2 Kadar Pulangan Dalaman
Projek
kami mencatatkan kadar pulangan dalaman sebanyak 17% sepanjang sepuluh tahun
kami menjalankan perniagaan. Ini sekali lagi menunjukkan bahawa syarikat kami
berdaya maju.
5.7 Ujian Kepekaan
Ujian
kepekaan adalah satu kaedah yang digunakan dengan mengandaikan kenaikan atau
penurunan dalam harga, hasil jualan, dan juga kos. Dalam perniagaan kami
apabila harga turun sebanyak 10% ini akan mengakibatkan projek kami kerugian
dengan nilai kini bersih (NPV) sebanyak RM-221,689. Ini menunjukkan perniagaan
kami adalah sangat peka terhadap penurunan harga. Selain itu apabila kami
menurunkan hasil jualan akibat peningkatan kadar kematian sebanyak 10%, sekali
lagi syarikat kami mengalami kerugian
dengan nilai kini bersih (NPV) sebanyak RM-259,721. Maka kami perlu
sentiasa menjaga kesihatan puyuh kami untuk mengelakkan kadar kematian yang
tinggi.
5.8 JADUAL-JADUAL ANALISIS KEWANGAN
SYARIKAT
Perkara/Tahun
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
7
|
8
|
9
|
10
|
300,000
|
300,000
|
300,000
|
300,000
|
300,000
|
300,000
|
300,000
|
300,000
|
300,000
|
300,000
|
|
Kadar Kematian
|
10%
|
10%
|
10%
|
10%
|
10%
|
10%
|
10%
|
10%
|
10%
|
10%
|
Bil Kematian
|
30,000
|
30,000
|
30,000
|
30,000
|
30,000
|
30,000
|
30,000
|
30,000
|
30,000
|
30,000
|
Output (ekor)
|
270,000
|
270,000
|
270,000
|
270,000
|
270,000
|
270,000
|
270,000
|
270,000
|
270,000
|
270,000
|
Output(kg)
|
51,300
|
51,300
|
51,300
|
51,300
|
51,300
|
51,300
|
51,300
|
51,300
|
51,300
|
51,300
|
Jadual I: Aliran Fizikal Ternakan
Bayaran Upah
|
Bil
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
7
|
8
|
9
|
10
|
Pengurus
|
1
|
14,400
|
15,000
|
15,600
|
16,200
|
16,800
|
17,400
|
18,000
|
18,600
|
19,200
|
19,800
|
Buruh
|
3
|
18,000
|
18,720
|
19,440
|
20,160
|
20,880
|
21,600
|
22,320
|
23,040
|
23,760
|
24,480
|
Buruh Kontrak
|
5
|
9,000
|
9,000
|
9,000
|
9,000
|
9,000
|
9,000
|
9,000
|
9,000
|
9,000
|
9,000
|
Pemandu
|
2
|
14,400
|
15,120
|
15,840
|
16,560
|
17,280
|
18,000
|
18,720
|
19,440
|
20,160
|
20,880
|
KWSP dan SOCSO (13%)
|
6,084
|
6,349
|
6,614
|
6,880
|
7,145
|
7,410
|
7,675
|
7,940
|
8,206
|
8,471
|
|
Perubatan
|
2,160
|
2,160
|
2,160
|
2,160
|
2,160
|
2,160
|
2,160
|
2,160
|
2,160
|
2,160
|
|
Jumlah
|
64,044
|
66,349
|
68,654
|
70,960
|
73,265
|
75,570
|
77,875
|
80,180
|
82,486
|
84,791
|
Jadual II: Jadual Pendapatan Buruh
Kos Modal
|
Bil
|
Harga
Seunit
|
Jumlah Harga
|
Usia Guna
|
Skrap
(%)
|
Susut nilai
Tahunan
|
Nilai Skrap
(RM)
|
Nilai
Baki(RM)
|
Reban 50X50
ka persegi
|
5
|
12,500
|
62,500
|
10
|
0
|
6,250
|
0
|
0
|
Peti Sejuk
|
2
|
6,000
|
12,000
|
5
|
10
|
2,160
|
1,200
|
1,200
|
Sangkar
Perindukan (50 sangkar 4 tingkat 2'x4'x8')@RM70/tingkat
|
50
|
280
|
14,000
|
10
|
0
|
1,400
|
0
|
0
|
Sangkar
membesar (100 sangkar 5 tingkat 3'x1.5'x8')@RM70/tingkat
|
100
|
350
|
35,000
|
10
|
0
|
3,500
|
0
|
0
|
Palung
Makanan Anak (400 palung @ RM25/Palung)
|
400
|
25
|
10,000
|
5
|
0
|
2,000
|
0
|
0
|
Palung
Makanan Pembesaran (50 buah,30 kaki@RM3/ka )
|
50
|
90
|
4,500
|
5
|
0
|
900
|
0
|
0
|
Peralatan
Minum Anak (400 botol 0.5 gelen @RM4/ unit)
|
400
|
4
|
1,600
|
5
|
0
|
320
|
0
|
0
|
Peralatan
Minum Pembesaran (50 buah, 30 ka @ RM3/ ka)
|
50
|
90
|
4,500
|
5
|
0
|
900
|
0
|
0
|
Pendawaian
Elektrik
|
4,000
|
4,000
|
10
|
5
|
380
|
200
|
200
|
|
Kemudahan
Air
|
3,000
|
3,000
|
10
|
0
|
300
|
0
|
0
|
|
Kenderaan
Van
|
2
|
30,000
|
60,000
|
10
|
10
|
5,400
|
6,000
|
6,000
|
Bangsal
Pemprosesan
|
1
|
4,800
|
4,800
|
10
|
15
|
408
|
720
|
720
|
Mesin
Pemprosesan
|
3
|
600
|
1,800
|
5
|
0
|
360
|
0
|
0
|
Generator
|
1
|
25,000
|
25,000
|
10
|
10
|
2,250
|
2,500
|
2,500
|
Pejabat dan
Stor Makanan
|
1
|
15,000
|
15,000
|
10
|
5
|
1,425
|
750
|
750
|
Jumlah
|
257,700
|
11,370
|
||||||
Perkara/Tahun
|
0
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
7
|
8
|
9
|
10
|
Hasil (9.50/kg)
|
487,350
|
487,350
|
487,350
|
487,350
|
487,350
|
487,350
|
487,350
|
487,350
|
487,350
|
487,350
|
|
Tinja (2.40/beg)
|
6,000
|
6,000
|
6,000
|
6,000
|
6,000
|
6,000
|
6,000
|
6,000
|
6,000
|
6,000
|
|
Nilai Baki
|
1,200
|
11,370
|
|||||||||
AWTM
|
493,350
|
493,350
|
493,350
|
493,350
|
494,550
|
493,350
|
493,350
|
493,350
|
493,350
|
504,720
|
|
Kos Permulaan
|
257,700
|
34,400
|
|||||||||
Kos Buruh
|
64,044
|
66,349
|
68,654
|
70,960
|
73,265
|
75,570
|
77,875
|
80,180
|
82,486
|
84,791
|
|
Anak Puyuh (RM0.45/ekor)
|
135,000
|
135,000
|
135,000
|
135,000
|
135,000
|
135,000
|
135,000
|
135,000
|
135,000
|
135,000
|
|
Makanan Puyuh
|
200,000
|
200,000
|
200,000
|
200,000
|
200,000
|
200,000
|
200,000
|
200,000
|
200,000
|
200,000
|
|
Utiliti (bahan
api,elektrik,air,telefon)
|
11,000
|
11,000
|
11,000
|
11,000
|
11,000
|
11,000
|
11,000
|
11,000
|
11,000
|
11,000
|
|
Ubat dan Bahan Kimia
|
7,000
|
7,000
|
7,000
|
7,000
|
7,000
|
7,000
|
7,000
|
7,000
|
7,000
|
7,000
|
|
Sewa Tapak (3 ekar)
|
7,800
|
7,800
|
7,800
|
7,800
|
7,800
|
7,800
|
7,800
|
7,800
|
7,800
|
7,800
|
|
Lain-lain
|
3,000
|
3,000
|
3,000
|
3,000
|
3,000
|
3,000
|
3,000
|
3,000
|
3,000
|
3,000
|
|
AWTK
|
-257,700
|
427,844
|
430,149
|
432,454
|
434,760
|
471,465
|
439,370
|
441,675
|
443,980
|
446,286
|
448,591
|
AWTB
|
-257,700
|
65,506
|
63,201
|
60,896
|
58,590
|
23,085
|
53,980
|
51,675
|
49,370
|
47,064
|
56,129
|
NKAWTB(7%)
|
-257,700
|
61,221
|
55,202
|
49,709
|
44,698
|
16,459
|
35,969
|
32,180
|
28,734
|
25,600
|
28,533
|
Kumulatif
|
-257,700
|
-196,479
|
-141,277
|
-91,568
|
-46,870
|
-30,411
|
5,558
|
37,739
|
66,472
|
92,072
|
120,606
|
Jadual
III: Jadual Susut nilai dan Nilai Baki
Jadual
IV: Jadual Aliran Wang Tunai
TITIK PULANG MODAL
33,241.15 kg/tahun atau
174,953 ekor/tahun
KESIMPULAN
Penternakan
burung puyuh pedaging merupakan projek pertanian yang sangat menguntungkan,
mempunyai nilai kompetitif yang tinggi, pasarannya masih belum dirokai dengan
lebih meluas lagi dan sangat sesuai untuk di bangunkan terutamanya di
Malaysia. Kepentingan untuk mendalami
bidang ini dengan lebih terperinci dan mencapai matlamat perniagaan, amatlah
perlu supaya para usahawan atau penternak mempunyai pengetahuan asas dalam
bidang yang mereka ceburi. Tanpa pengetahuan asas, segala perjalanan proses
penternakan akan menemui jalan buntu lantaran mengundang risiko kerugian yang
besar pada masa akan datang.
Bidang ini berpotensi besar dan ia mampu
mendatangkan pulangan lumayan sekirannya dilaksanakan dengan baik dan
terancang. Ini adalah kerana menternak burung puyuh daging tidak memerlukan kos
yang tinggi kerana apa yang penting sekali ialah mengetahui cara yang lebih baik
dan sempurna.Malah ia mampu memberikan pulangan lumayan sekiranya proses
menjalankannya dilaksanakan mengikut peraturan yang ditetapkan termasuk memberi
penekanan terhadap proses pembiakan, pemakanan, lokasi ladang, reban, kawalan
penyakit dan sebagainya.
LAMPIRAN
Senarai
Pengusaha Puyuh Baka/ Bekalan Anak Puyuh
Nama
|
Alamat
|
Telefon
|
Ishak bin Zainon
|
Bt.17, Jalan Naka
06760 Pokok Sena Kedah |
04-7821605
|
Shahridzo bin Md Eunos
|
d/a Ladang Infoternak
Jabatan Haiwan Negeri Perak 31100 Sg. Siput (U) Perak |
05-8914706
|
Mohd Fauzi bin Mohd Yusof
|
d/a Ladang Infoternak
Jabatan Haiwan Negeri Perak 31100 Sg. Siput (U) Perak |
05-8914706
|
Ruzlan bin Othman
|
No.30, Jalan Kubur
Kg Cherang Lali 17500 Tanah Merah Kelantan |
09-9556524
|
Muhamad Kama bin Mohd Amin
|
Jalan Pengkalan Baru
Kg. Jeram 21200 ManurKuala Terengganu |
09-6151776
|
Azri bin Haron
|
Kg Bayas
Ulu Melaka 07000 Langkawi Kedah |
04-9652387
|
Jamaludun bin Ali
|
Lot 278, Kg Bahru
27000 Jerantut Pahang |
09-2671018
|
Piawaian
Puyuh Pedaging
Berat Hidup ( Purata Jantan dan Betina )
1 hari
|
10 gram
|
7 hari
|
40 gram
|
14 hari
|
90 gram
|
21 hari
|
160 gram
|
28 hari
|
220 gram
|
35 hari
|
270 gram
|
42 hari
|
290 gram
|
Kadar Penukaran Makanan
7 hari
|
1.07
|
14 hari
|
1.58
|
21 hari
|
1.89
|
28 hari
|
2.18
|
35 hari
|
2.64
|
42 hari
|
3.03
|
Kadar Kematian ( Kumulatif )
7 hari
|
1.07 - 1.90
|
14 hari
|
1.58 - 2.90
|
21 hari
|
1.89 - 3.90
|
28 hari
|
2.18 - 4.90
|
35 hari
|
2.64 - 5.90
|
42 hari
|
3.03 - 6.50
|
BIBLIOGRAFI
- Boone
& Kurt, 2004, Cotemporary Marketing, Southern-Wsstern
- Majalah
Pertanian
- Pejabat
MARDI Kedah
- Laman
Web MARDI
- Marketing,
Philip Kotler, 2003